Sunday, March 24, 2013

Co-enzyme Q10 (CoQ10)

PRODUK MESTI AMBIL


Co-enzyme Q10 (CoQ10) bukan sejenis vitamin, mineral atau asid amino namun ia penting kepada setiap sel dalam tubuh kita.
Selain daripada menghasilkan tenaga, CoQ10 melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan, meningkatkan pertahanan imun, membantu menghalang dan juga merawat penyakit jantung, kencing manis, penyakit berkala, tekanan darah tinggi, kegemukan, kanser dan menolong melambatkan proses penuaan - dengan syarat tubuh mendapat kuantiti CoQ10 yang optimal dan ini HANYA boleh dilakukan dengan pengambilan pemakanan tambahan. Makanan hanya mengandungi sedikit CoQ10 dan semakin kita tua, tubuh kita hanya mampu menghasilkan jumlah yang sedikit. Oleh itu, kekurangannya adalah perkara biasa.

KESIHATAN BERMULA DENGAN JANTUNG

Semua organ memerlukan CoQ10 terutama jantung. Sehingga 1990, terdapat 50 kajian megenai kesan CoQ10 ke atas kardiomiopati, arhitmia, penyakit arteri koronori, sesak nafas disebabkan kegagalan jantung berfungsi, prolaps injal mital dan tekanan darah tinggi. (Greenburg, S. dan W.H. Frishman, Journal of Clinical Pharmacology, 1990, 30, 595-608). Apabila orang yang memerlukan perpindahan jantung, mengambil nutrien ini, keadaan mereka menjadi bertambah baik sehingga tidak perlu lagi dibuat pembedahan tersebut. (Mortenson, S. A., et al., Clinical investigator, 1993, 71:S116-S123). Bila diberikan selepas pembedahan pintasan koronori, CoQ10 memendekkan masa pemulihan. Tiga kajian yang berasingan menunjukkan apabila 100mg CoQ10 diberikan setiap hari kepada beribu-ribu pesakit jantung, 75% menunjukkan kemajuan dalam fungsi pulmonari, edema, dan denyutan jantung - tanpa kesan sampingan. (Morisco, C., et al., Baggio, E. et al., Lampertico, M., et al., Clinical Investigator, 1993, 71: S129-S149).

Yang menariknya ialah kekuatan terapeutik CoQ10 dalam rawatan kardiomiopati. Pemberian tambahan membaiki prognosis dalam banyak kes sehingga keadaan boleh dianggap sebagai kekurangan CoQ10. (Langsjoen, P. H., et al., International Journal of Tissue Research. 1990. 12(3): 163-71) Dalam satu kajian didapati 87% dari 126 pesakit kardiomiopati menunjukkan kemajuan ketara dalam fungsi jantung selepas mengambil 100mg sehari, tanpa kesan sampingan yang buruk. (Langsjoen, P. H., et al., Free Radical Research Communications. 1989, 6: 667-75).

Jantung benar-benar bergantung kepada CoQ10 untuk memenuhi keperluan tetap tenaganya; otot jantung mengandungi dua kali ganda lebih banyak nutrien daripada organ lain atau tisu dalam tubuh. Mereka yang berpenyakit jantung mempunyai kurang 25% CoQ10 berbanding mereka yang sihat. Jika kekurangan mencapai 75%, pakar -pakar meramalkan jantung akan berhenti berdenyut. (Folkers, K. et al., Journal of Optimal Nutrition, 1993,2(4): 264-74) Oleh kerana CoQ10 akan lazimnya berpindah ke jantung, setengah pengkaji mengesyorkan bahawa ianya mungkin antioxidan yang paling penting untuk mencegah aterosklerosis. (Esterbauer, H., et al., Free Radical Research Communications. 1989, 6: 667-75).

TEKANAN DARAH TINGGI
Kajian membuktikan pengambilan dos 60-100mg setiap hari akan merendahkan bacaan tekanan darah. (Digiesi, V., et al., Current Therapeutic Research, 1992, 51(5): 668-72). Oleh itu, sesiapa yang mempunyai tekanan darah yang rendah perlu berhati-hati bila mengambil CoQ10 kerana ia boleh menurunkan lagi tekanan darah mereka.

KENCING MANIS
Dos 60mg setiap hari boleh merendahkan kandungan gula dalam darah dalam masa 6 bulan. (Shimora,Y., et al., Japanese Journal of Clinical and Experimental Medicine. 1981, 1349-53).

KANSER
Kehadiran kanser berhubung kait dengan kekurangan CoQ10. Beberapa tahun yang lalu, penyelidik-penyelidik Denmark telah memberi dos 390mg setiap hari kepada sekumpulan wanita pengidap kanser payu dara metastatik. Selepas beberapa bulan kanser itu berkurangan untuk 4 orang wanita. Selepas 11 bulan, seorang wanita penghidap kanser, yang telah merebak dari payu dara ke hati, telah sembuh dan doktor melaporkan bahawa kesihatannya amat baik (Lockwood,K., et al., Biochemical and Biophysical Research Communications, 1995; 212:172-77).

Sukatan dos adalah kuncinya di sini. Dalam kajian sebelumnya, penyelidik-penyelidik Denmark telah memberi 90mg sehari kepada beberapa kumpulan lain pesakit barah payu dara. Jumlah dos itu tidak mengurangkan kanser walaupun ia mungkin telah menolong memanjangkan usia wanita-wanita tersebut. (Biochemical and Biophysical Research Communications, 1994; 199:1504-08).

0 comments:

Post a Comment

PLACE YOUR ORDER HERE

Name:
Email :
No. Tel:
Item & Quantity:
Payment with:

This contact form was created by Freedback.