Wednesday, August 4, 2010

Spirulina- Suplemen Hebat Semasa Berpuasa



Spirulina adalah suplemen yang mengandungi semua nutrien dalam rantai makanan yang berkhasiat untuk badan. ia juga merupakan salah satu makanan semula jadi yang kaya degan mineral, vitamin, asid amino, beta-karotena & klorofil.

"Sebagai sumber nutrien semasa berpuasa & berdiet, ia amat bagus sekali kerana ia membantu membersihkan saluran usus & juga mengendurkan otot licin dlm usus besar" - Dr. Christoper Hills, Ph.d., D.Sc.


Memenuhi semua keperluan puasa anda .

Kanak-kanak
Bagi anak-anak kecil anda yang baru sahaja belajar berpuasa, mereka mungkin memerlukan lebih tenaga. Spirulina mempunyai zat besi untuk menolong membawa oksigen di dalam darah ke seluruh badan bagi mencegah kekurangan stamina. Spirulina juga kaya dengan vitamin & mineral untuk menguatkan badan sepanjang bulan puasa.

Remaja
Remaja yang bersekolah boleh mendapat manfaat Spirulina dengan sepenuhnya, terutamanya jika mereka aktif. ini kerana Spirulina mempunyai pelbagai jenis asid amino, vitamin & mineral utk membantu meningkatkan tahap tenaga & kecerdasan minda setiap masa, terutamanya apabila menjalankan aktiviti sukan / ketika menghadapi peperiksaan.

Buruh
Bekerja di bawah matahari terik pada bulan ini boleh membuatkan anda lemah & letih. disebabkan anda memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalankan tugas harian, ambillah Spirulina, yang tinggi kepekatan asid aminonya boleh membantu meningkatkan keberkesanan fungsi otot.

Pekerja Pejabat
Kepekatan asid amino, vitamin & mineral yang tinggi dalam Spirulina membantu sel-sel otak berfungsi dengan lebih baik di samping mengurangkan rasa penat. Spirulina juga kaya dengan fenilalanina, sejenis asid amino yang menghalang otak daripada mengesan kelaparan & sekaligus mengurangkan keinginann untuk makan semasa puasa. Disebabkan tekanan boleh membawa kepada penghasilan radikal bebas berlebihan yang menyebabkan penyakit, antioksidan, terutamanya beta-karotena & super-oxide dismustase (SOD) di dalam Spirulina boleh menolong meneutralkan radikal bebas ini.

Wanita
Dengan zat besi yang tinggi bioketersediaannya, Spirulina mempunyai kesan yang baik kepada pesakit anemia & mereka yang terasa amat letih apabila berpuasa. Selain itu, mereka yang mementingkan kecantikan akan berasa gembira mengetahui yang kepekatan vitamin, mineral & asid amino yang tinggi dapat membantu mengembalikan keserian, kelembutan & kekenyalan kulit.

Contohnya:
vitamin A & vitamin E - membantu mengekalkan kelembapan kulit
vitamin B2, vitamin E, Asid Nukleik, Super-Oxide Dismustase (SOD) & Asid Gama-Limolenik (GLA) - membantu mengurangkan pembentukan kedutan
vitamin C & zat besi - menggalakkan keserian kulit
vitamin C - mempunyai kesan pemutihan
Kuprum, Sulfur, Lisina & Treonina - membantu dlm pembentukan kolagen utk kulit yg kenyal & tegang

Penggemar daging
Semasa berbuka puasa, pengambilan daging, nasi, mi, makanan laut & sebagainya akan menaikkan tahap asid dalam badan; ini memaksa hati, ginjal & pancreas bekerja dengan lebih keras lagi. Kandungan tinggi klorofil Spirulina dengan kealkalian 100% dapat meneutralkan keasidan & menghapuskan toksin berlebihan akibat terlebih makan.

Warga tua
Dengan peningkatan usia, berpuasa telah menjadi satu kebiasaan, namun anda mungkin tidak memperoleh nutrien penting yang diperlukan disebabkan kesihatan penghadaman yang lemah, penyakit & pengambilan ubat-ubatan. Anda boleh mendapat faedah daripada Spirulina kerana ia kaya dengan beta-karotena, vitamin & mineral yang dapat membantu meningkatkan sistem imun anda.

Bersahur & berbuka puasa dengan Elken Spirulina - di samping membersihkan kerohanian diri semasa bulan puasa ini, anda juga boleh membersihkan jasmani anda. Ia memberikan anda 46 jenis nutrien perlu bagi membantu menguatkan kesihatan dan pemulihan dalaman badan.

0 comments:

Post a Comment

PLACE YOUR ORDER HERE

Name:
Email :
No. Tel:
Item & Quantity:
Payment with:

This contact form was created by Freedback.